Thursday 6 April 2017

BERITA DARI PORTAL NEWS WATAN-ONLINE.COM

http://watan-online.com/grand-reunion-azizian-bekas-pelajar-dipelawa/

‘GRAND REUNION’ AZIZIAN BEKAS PELAJAR DIPELAWA




Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz,Teluk Intan, Perak (AZIZIAN) menyeru bekas-bekas pelajar menyertai Majlis ‘Grand Reunion’ Gabungan Azizian @ Perjumpaan  Aidilfitri  2017/1348.

Buat julung kalinya perjumpaan secara besar-besaran dianjurkan oleh bekas pelajar di era 60an mempelawa seramai mungkin bekas pelajar sekolah tersebut yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 15 Julai 2017.

Penasihat Khas Projek AZIZIAN, Datuk Maxson Abdullah Abdul Hamid memberitahu pihak urusetia yang dibentuk kini sedang giat berusaha berhubung dengan bekas pelajar yang berjaya dalam berbagai bidang untuk turut serta pada majlis tersebut disamping menjejaki hampir 100,000 bekas pelajar sekolah berkenaan.

“Adalah diharapkan penganjuran ‘reunion’ bekas pelajar ini akan dapat mengiimbau kembali kenangan dibangku sekolah serta dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan bekas pelajar bertemu serta bertukar-tukar kisah hidup serta kejayaan selepas menamatkan zaman persekolahan.

“Saya sangat mengalu-alukan semua bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan untuk turut serta pada pada majlis berkenaan serta berhubung dengan pihak urusetia,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat urusetia induk perlaksanaan program tersebut, baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi merasmikan majlis tersebut sekaligus melancarkan Kelab Alumni AZIZIAN disamping itu beberapa bekas pelajar yang berjaya diperingkat tertinggi dalam kerajaan akan turut serta.

“Setiap peserta hanya akan dikenakan bayaran RM50 dan digalakkan membawa suami atau isteri masing-masing,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menyertai majlis tersebut boleh menghubungi Cikgu Mohd Fauzi Zulkifly (0194208796) dan Dr Mazlina Shafii (012-287 6926).



oleh Rohaya Hj Nujumuddin